Thursday, 10 November 2011 ❤
18:20
Karangan Deskriptif
Nama: Suhailah
Kelas: 308
Tajuk: Kamu, rakan sekolah dan beberapa guru telah pergi ke Pulau Ubin untuk meneroka kehidupan masyarakat di sana. Gambarkan pengalaman kamu itu dan peristiwa menarik yang berlaku semasa lawatan tersebut.
Matahari terbit menunjukkan sudah 5.30 pagi. Aku pun bangun dan mula bersiap-siap ke sekolah untuk ke program titian bahasa melayu yang telah diadakan pada 8 November 2011. Aku sangat teruja kerana itu kali pertama aku ke sana bersama kawan-kawan dan guru-guruku. Sebaik sahaja aku tiba di sekolah, guru-guru memberikan taklimat tentang apa yang akan dilakukan di sana. Kami menaiki bas hingga ke Changi Jeti kemudian menunggu bot yang akan membawa kami ke Pulau Ubin. Ia mengambil masa kira-kira sepuluh minit untuk sampai ke Pulau Ubin.
Apabila kami tiba di sana, sebuah van mambawa kami ke sesuatu tempat perhimpunan yang dipanggil Kampung Riang Ria. Di sana, kami diberi taklimat sekali lagi. Semua orang pergi ke kumpulan masing-masing lalu mula membuat aktiviti pertama. Bagi kumpulan saya, kami harus melawat sebuah kampung yang terletak tidak jauh daripada tempat perhimpunan. Dua pemudah cara telah membawa kami menjelajahi kampung itu dan menjelaskan tentang setiap sudutnya. Mereka juga mengajar kami bermain permainan tradisional.
Aktiviti kedua ialah percubaan makanan. Dua orang wanita yang bernama Kak Su dan Kak Ros telah mengajar kami tentang daun-daun dan pengunaannya lalu mengajar kami bagaimana hendak membuat kuih dadar. Walaupun ada beberapa pelajar yang tidak membuatnya dengan baik, mereka tetap tidak berputus asa. Aktiviti yang ketiga pula ialah lukisan batik. Encik Juraimi dan Puan Fatimah telah mengajar kami bagaimana hendak menggunakan canting dan membuat lukisan batik tersebut. Itu merupakan kali pertama kami dan semua orang sangat teruja. Waktu rehat pun tiba. Aku dan kawanku berasa bosan lalu pergi ke sebuah hutan berdekatan. Kami ternampak seekor anak babi hutan di tepi pokok keseorangan. Kami pun mengacaunya sambil ketawa. Tiba-tiba, kami terdengar dengusan babi. Rasa takut menyelubungi hati kami. Ibu kepada babi hutan itu mengejar kami dan kami pun berlari hingga ke Kampung Riang Ria. Seorang penduduk kampung di sana mengeluarkan senjata dan babi hutan itu berlari balik ke tempatnya.
Aku rasa kami diserang kerana babi hutan itu tidak suka diganggu dan takut anaknya diambil ataupun dicederakan. Aku dan kawanku sudah belajar daripada kesalahan kami dan tidak akan mencari masalah lagi.
DillaSehaKhaiIla. ♥
❤
Karangan. 18:19
Karangan Deskriptif
Nama ; Nur Fasihah Bte Osman
Kelas : 308
Tajuk : Kamu , rakan sekolah dan beberapa guru telah pergi ke Pulau Ubin untuk meneroka kehidupan masyarakat di sana. Gambarkan pengalaman kamu itu dan peristiwa menarik yang berlaku semasa lawatan tersebut.
Kalau ikutkan hati , malas rasanya hendak hadirkan diri ke sekolah tetapi kawan-kawan telah memujuk aku untuk pergi sahaja kerana guru-guru kami telah membuat sebuah program yang menarik ke Pulau Ubin untuk mengenali lebih lanjut tentang budaya melayu.. Kami telah ke sana pada 8 November . Pada hari itu , para pelajar semua kelihataan suka cita kerana ia merupakan kali pertama mereka ke sana . Apabila kami sampai ke Changi Jeti , kami telah diberikan taklimat oleh pemudah cara sebelum kami dibenarkan menaiki bot .
Apabila tiba di Pulau Ubin , kami di jemput oleh sebuah van yang telah disediakan oleh pihak penganjur . Perjalanan ke tempat perhimpunan mengambil kira-kira sepuluh minit dan dalam perjalanan ke situ . kami dapat melihat pemandangan persekitaran Pulau Ubin yang sungguh menakjubkan . Apabila tiba , kami telah dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan yang lebih besar . Kami terus memulakan aktiviti-aktiviti . Kumpulan aku telah menjelajahi sebuah rumah kampung yang masih ada di Pulau Ubin itu. Kami dapat mencuba permainan tradisional dan mengenali sudut-sudut rumah kampung itu . Kami juga disuruh berkaki ayam agar kami dapat merasai suasana kampung .
Aktiviti yang kedua ialah kami telah mencuba makanan tradisional ia itu kuih dadar . Kami semua juga telah mencuba membuat kuih tersebut dengan pertolongan dua pemudah cara . Ada para pelajar yang tidak dapat membuat kuih dadar itu dengan baik tetapi mereka tidak berputus asa . Itulah semangat yang aku suka tentang para pelajar sekolah aku . Mereka sentiasa membuat sesuatu dengan baik dan tidak berputus asa . Pada aktiviti yang terahkir , kami telah mencuba lukisan batik . Kami disuruh melukis garis panduan dengan menggunakan canting yang di dalam nya ada cairan lilin yang panas. Seorang pelajar , Farhanah , terkena cairan lilin kerana tidak berhati-hati semasa membuat lukisan itu . Dia telah menjerit kesakitan dan hampir menangis kerana cairan lilin itu panas dan lukanya itu pedih. Guru-guru yang ada terus bergegas kepadanya lalu membawa nya ke sebuah tempat di mana dia telah dirawat . Sejurus selepas itu , Farhanah kembali ke tempat kami melukis batik itu dan meneruskan kerjanya walaupun lukanya masih pedih dan ia sukar untuk dia melukis . Akhirnya , lukisan Farhanah lah yang berjaya memenangi hadiah pertama dalam pertandingan lukisan batik .
Pada kesuluruhan nya , aku amat berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan . Aku belajar bahwa aku tidak harus berputus asa apabila menghadapi kesusahan .
DillaSehaKhaiIla. ♥
❤
17:56
Nama: Khairiyah
Kelas: 307
Tajuk: Kamu, rakan sekolah dan beberapa guru telah pergi ke Pulau ubin untuk meneroka kehidupan masyarakat di sana. Gambarkan pengalaman kamu itu dan peristiwa menarik yang berlaku smeasa lawatan tersebut.
Pada 8 November 2011, aku dan rakan-rakan tingkatan tiga Ekspres telah meneroka Pulau Ubin bersama guru-guru bahasa melayu. Kira-kira lima puluh pelajar menghadiri aktiviti lawatan tersebut. Rasa ghairah meruap di dada kami kerana tidak pernah ke sana sebelumnya. Kami semua telah menghadiri aktiviti tersebut untuk mendalami ilmu budaya melayu kami dan merasakan bagaimana penduduk Pulau Ubin hidup di sana.
Sejurus sahaja kami tiba di jetti Changi, kami diberitahu aktiviti-aktiviti yang akan kami lakukan di Pulau Ubin. Kami diberi taklimat oleh pemudah cara tersebut. Pada saat itu, aku dan rakan-rakanku dalam keadaan teruja kerana tidak sabar untuk menjejakkan kaki di Pulau Ubin dan melakukan akitiviti-aktiviti tersebut. Kami diberitahui bahawa kami akan bermain permainan tradisional di kampong berdekatan, membuat kuih dadar dan makan makanan melayu dan membuat lukisan batik. Mata kami terus terbeliak dan kami melonjat kegembiraan.
Selepas diberi taklimat, kami pun menaiki bot untuk ke Pulau Ubin. Perjalannya mengambil masa kira-kira 10 minit. Dalam perjalanan ke sana, kami semua menikmati angin yang bersepoi-sepoi. Apabila akhirnya kami tiba di Pulau Ubin, kami menaiki van yang sedang menunggu ketibaan kami. Perjalanan ke kampong Riang Ria mengambil masa kira-kira 10 minit. Kami semua berasa riang dan kami mengambil kesempatan untuk mengambil gambar dan video persekitaran Pulau Ubin. Apabila kami tiba di Kampung Riang Ria, kami berpecah pada kumpulan-kumpulan kami dan mula dengan aktiviti-aktiviti kami.
Ada 3 aktiviti yang harus kami lakukan dan setiap aktiviti mengambil masa kira-kira satu jam setengah. Peristiwa paling menarik yang berlaku ialah sewaktu bermain permainan tradisional di kampung berdekatan. Kami harus menanggalkan kasut kami dan harus berkaki ayam di luar halaman rumah tersebut. Rakan-rakanku semua berasa geli dengan Lumpur di luar rumah. Kami harus memijak lumpur yang amat kotor dan lembik. Ia merupakan peristiwa buruk tetapi pada masa yang sama, menarik kerana ia merupakan kali pertama kami berbuat demikian. Lagi satu peristiwa menarik ialah apabila membuat kuih dadar. Ia merupakan kali pertama aku memasak dan ia adalah pengalaman yang tidak dapat aku lakukan. Pengajaran yang dapat aku perolehi ialah bagaimana untuk membuat kuih dadar dan menyedari bahawa jika kami gagal pada kecubaan pertama, ia tidak bermakna kami akan gagal pada kecubaan kedua. Jangan pernah henti mencuba. DillaSehaKhaiIla. ♥
❤
Karangan Deskriptif. 17:51
Karangan Deskriptif
Nama: Nur Ardilla
Kelas: 308
Tajuk: Kamu, rakan sekolah dan bebrapa guru telah pergi ke Pulau Ubin untuk meneroka kehidupan masyarakat di sana. Gambarkan pengalaman kamu itu dan peristiwa menarik yang berlaku semasa lawatan tersebut.
Saya dan pelajar-pelajar melayu menegah 3 ekspress termasuk guru-guru telah ke Pulau Ubin pada 8 November 2011. Kami ke sana untuk mempelajari lebih tentang budaya melayu dan juga bagaimana orang kampung menjalani hidup mereka disana. Kami ke sana menaiki bumboat di Changi Jetti. Harga untuk menaiki bumboat untuk seorang ialah $2.50. Cuma 12 orang yang boleh memasuki satu boat itu. Perjalanan itu mengambil masa kira-kira 10 minit untuk sampai ke destinasi kami.
Tiba sahaja di Pulau Ubin kami ke Kampung Riang Ria. Daun berombak-ombak ditiup angin Kami memulakan aktiviti kami di sana. Sebelum kami memulakan aktiviti kami, kami diberi taklimat oleh pemudah cara tentang apa yang akan dilakukan pada hari tersebut. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan ialah menjelajahi rumah dan kawasan kampung, menjamah makanan dan juga membuat lukisan batik. Kami berpeluang untuk mencuba permainan tradisional seperti congkak dan gasing semasa mejelajahi kampung tersebut. Kami juga berpeluang untuk membuat kuih dadar sendiri.
Ada juga peristiwa menarik yang berlaku semasa di sana. Saya dan kawan-kawan saya dikejar dengan babi hutan. Kita telah ke tempat yang lebih dalam semasa waktu rehat. Kita ternampak seekor anak babi hutan di tepi pokok keseorangan. Kita pon mengacau anak babi itu. Tiba-tiba kita terdendar dengusan babi. Alangkah terperanjatnya, kita ternampak seekor babi hutan yang lebih besar dari anak babi itu. Mungkin itu ialah emaknya. Kita diserang ketakutan sehingga lutut kita lemah dan tangan kita terkulai. Emak babi itu menyerang kami. Kami diserang mungkin kerana dia tidak suka diganggu dan takut jika anaknya diambil atau dicederakan.
Kami meminta pertolongan dari orang-orang kampung. Mereka telah mengeluarkan senapang untuk menakutkan babi itu. Babi itu pun melari dari kita. Kami berasa sangat takut dan berjanji tidak akan mencari masalah lagi. Dan mesti berfirkir sebelum membuat sesuatu. Keseluruhan perjalanan kami semua disana amat memuaskan kerana kami dapat mempelajari lebih dan juga mempelajari dari kesalahan yang terjadi.
DillaSehaKhaiIla. ♥
Wednesday, 9 November 2011 ❤
Pulau Ubin 10:19
DillaSehaKhaiIla. ♥
Tuesday, 8 November 2011 ❤
Renungan 22:40
Khairiyah:
Saya berasa amat terpegun dan berpuas hati dengan layanan yang diberikan dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan. Ia sangat berguna dalam kehidupan harian saya. Salah satu contoh ialah membuat kuih dadar. Di masa hadapan, saya juga boleh membuatnya sendiri kerana sudah tahu cara-cara membuatnya. Jikalau diberi peluang, saya ingin sekali melawati Pulau Ubin untuk kali kedua. Pengajaran yang telah saya perolehi ialah bagaimana untuk membuat lukisan batik dan ia menyedari saya bahawa jika kami gagal pada kali pertama, tidak bermakna kami akan gagal pada percubaan yang kedua. Ia merupakan memori indah sewaktu di Pulau Ubin.
Ardilla:
Pada pendapat saya, aktiviti di Pulau Ubin amat menarik. Dengan aktiviti ini, saya dapat melihat cara-cara orang dahulu menjalani hidup mereka dan saya juga berpeluang untuk menikmati suasana kehidupan di kampung semenjak kami sekarang tinggal di bandar. Dan ia amat sukar untuk kami mencari rumah atau suasana kampung pada zaman sekarang.
Fasihah :
Saya berasa sukacita kerana telah dapat pergi ke Pulau Ubin kerana ia merupakan kali pertama saya ke sana.
Pada pendapat saya , pengalaman di Pulau Ubin amat menyeronokkan kerana saya dapat mempelajari tentang pelbagai perkara yang baharu seperti nama sudut-sudut yang ada di sebuah rumah kampung dan kegunaanya .Contohnya , serambi merupakan tempat bersembang yang berada di depan ruang tamu dan ia akan digunakan oleh si pemilik rumah jikalau dia mahu duduk bersembang . Pada keseluruhannya , saya berasa seronok dengan kesemua aktiviti-aktiviti yang diadakan . Saya harap pihak sekolah akan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ini sekali lagi .
Suhailah :
Saya berasa seronok sekali kerana mendapat peluang untuk pergi ke Pulau Ubin bersama kawan-kawan dan guru-guru saya. Sebelum kami tiba di sana, saya fikir aktiviti-aktiviti di sana membosankan, tetapi saya salah. Aktiviti-aktiviti di sana telah mengajar saya tentang banyak nilai. Salah satu daripada nilai-nilai itu ialah kami tidak boleh berputus asa. Jika diberi peluang untuk ke sana sekali lagi, saya tidak keberatan dan mungkin kita semua boleh berkhemah di sana. Menurut saya, sekolah patut mengadakan aktiviti seperti ini lagi kerana semua orang akan mendapat faedah.
DillaSehaKhaiIla. ♥