<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7966139734673693564?origin\x3dhttp://keindahan-pulauubin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


Thursday, 10 November 2011 ❤
18:20

Karangan Deskriptif

Nama: Suhailah
Kelas: 308

Tajuk: Kamu, rakan sekolah dan beberapa guru telah pergi ke Pulau Ubin untuk meneroka kehidupan masyarakat di sana. Gambarkan pengalaman kamu itu dan peristiwa menarik yang berlaku semasa lawatan tersebut.

            Matahari terbit menunjukkan sudah 5.30 pagi. Aku pun bangun dan mula bersiap-siap ke sekolah untuk ke program titian bahasa melayu yang telah diadakan pada 8 November 2011. Aku sangat teruja kerana itu kali pertama aku ke sana bersama kawan-kawan dan guru-guruku. Sebaik sahaja aku tiba di sekolah, guru-guru memberikan taklimat tentang apa yang akan dilakukan di sana. Kami menaiki bas hingga ke Changi Jeti kemudian menunggu bot yang akan membawa kami ke Pulau Ubin. Ia mengambil masa kira-kira sepuluh minit untuk sampai ke Pulau Ubin.

            Apabila kami tiba di sana, sebuah van mambawa kami ke sesuatu tempat perhimpunan yang dipanggil Kampung Riang Ria. Di sana, kami diberi taklimat sekali lagi. Semua orang pergi ke kumpulan masing-masing lalu mula membuat aktiviti pertama. Bagi kumpulan saya, kami harus melawat sebuah kampung yang terletak tidak jauh daripada tempat perhimpunan. Dua pemudah cara telah membawa kami menjelajahi kampung itu dan menjelaskan tentang setiap sudutnya. Mereka juga mengajar kami bermain permainan tradisional.

            Aktiviti kedua ialah percubaan makanan. Dua orang wanita yang bernama Kak Su dan Kak Ros telah mengajar kami tentang daun-daun dan pengunaannya lalu mengajar kami bagaimana hendak membuat kuih dadar. Walaupun ada beberapa pelajar yang tidak membuatnya dengan baik, mereka tetap tidak berputus asa. Aktiviti yang ketiga pula ialah lukisan batik. Encik Juraimi dan Puan Fatimah telah mengajar kami bagaimana hendak menggunakan canting dan membuat lukisan batik tersebut. Itu merupakan kali pertama kami dan semua orang sangat teruja. Waktu rehat pun tiba. Aku dan kawanku berasa bosan lalu pergi ke sebuah hutan berdekatan. Kami ternampak seekor anak babi hutan di tepi pokok keseorangan. Kami pun mengacaunya sambil ketawa. Tiba-tiba, kami terdengar dengusan babi. Rasa takut menyelubungi hati kami. Ibu kepada babi hutan itu mengejar kami dan kami pun berlari hingga ke Kampung Riang Ria. Seorang penduduk kampung di sana mengeluarkan senjata dan babi hutan itu berlari balik ke tempatnya.

Aku rasa kami diserang kerana babi hutan itu tidak suka diganggu dan takut anaknya diambil ataupun dicederakan. Aku dan kawanku sudah belajar daripada kesalahan kami dan tidak akan mencari masalah lagi.

           


DillaSehaKhaiIla. ♥




Ahli Kumpulan. ❤
❤ penulis.

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI !

Image and video hosting by TinyPic Ardilla,
Fasihah,
Khairiyah,
Suhailah.




Informasi lebih lanjut. ❤
❤ Pautan.