Thursday, 10 November 2011 ❤
17:56
Nama: Khairiyah
Kelas: 307
Tajuk: Kamu, rakan sekolah dan beberapa guru telah pergi ke Pulau ubin untuk meneroka kehidupan masyarakat di sana. Gambarkan pengalaman kamu itu dan peristiwa menarik yang berlaku smeasa lawatan tersebut.
Pada 8 November 2011, aku dan rakan-rakan tingkatan tiga Ekspres telah meneroka Pulau Ubin bersama guru-guru bahasa melayu. Kira-kira lima puluh pelajar menghadiri aktiviti lawatan tersebut. Rasa ghairah meruap di dada kami kerana tidak pernah ke sana sebelumnya. Kami semua telah menghadiri aktiviti tersebut untuk mendalami ilmu budaya melayu kami dan merasakan bagaimana penduduk Pulau Ubin hidup di sana.
Sejurus sahaja kami tiba di jetti Changi, kami diberitahu aktiviti-aktiviti yang akan kami lakukan di Pulau Ubin. Kami diberi taklimat oleh pemudah cara tersebut. Pada saat itu, aku dan rakan-rakanku dalam keadaan teruja kerana tidak sabar untuk menjejakkan kaki di Pulau Ubin dan melakukan akitiviti-aktiviti tersebut. Kami diberitahui bahawa kami akan bermain permainan tradisional di kampong berdekatan, membuat kuih dadar dan makan makanan melayu dan membuat lukisan batik. Mata kami terus terbeliak dan kami melonjat kegembiraan.
Selepas diberi taklimat, kami pun menaiki bot untuk ke Pulau Ubin. Perjalannya mengambil masa kira-kira 10 minit. Dalam perjalanan ke sana, kami semua menikmati angin yang bersepoi-sepoi. Apabila akhirnya kami tiba di Pulau Ubin, kami menaiki van yang sedang menunggu ketibaan kami. Perjalanan ke kampong Riang Ria mengambil masa kira-kira 10 minit. Kami semua berasa riang dan kami mengambil kesempatan untuk mengambil gambar dan video persekitaran Pulau Ubin. Apabila kami tiba di Kampung Riang Ria, kami berpecah pada kumpulan-kumpulan kami dan mula dengan aktiviti-aktiviti kami.
Ada 3 aktiviti yang harus kami lakukan dan setiap aktiviti mengambil masa kira-kira satu jam setengah. Peristiwa paling menarik yang berlaku ialah sewaktu bermain permainan tradisional di kampung berdekatan. Kami harus menanggalkan kasut kami dan harus berkaki ayam di luar halaman rumah tersebut. Rakan-rakanku semua berasa geli dengan Lumpur di luar rumah. Kami harus memijak lumpur yang amat kotor dan lembik. Ia merupakan peristiwa buruk tetapi pada masa yang sama, menarik kerana ia merupakan kali pertama kami berbuat demikian. Lagi satu peristiwa menarik ialah apabila membuat kuih dadar. Ia merupakan kali pertama aku memasak dan ia adalah pengalaman yang tidak dapat aku lakukan. Pengajaran yang dapat aku perolehi ialah bagaimana untuk membuat kuih dadar dan menyedari bahawa jika kami gagal pada kecubaan pertama, ia tidak bermakna kami akan gagal pada kecubaan kedua. Jangan pernah henti mencuba. DillaSehaKhaiIla. ♥