<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7966139734673693564?origin\x3dhttp://keindahan-pulauubin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


Wednesday, 9 November 2011 ❤
Pulau Ubin 10:19



Kami telah pergi ke Pulau Ubin pada 8 November 2011 bersama para pelajar Melayu 3 Ekspres dan guru-guru untuk mengenali lebih lanjut tentang budaya melayu. Kami menaiki bot dari Changi Jetti. Perjalanan itu mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke Pulau Ubin.



Sambil menunggu van yang akan kami menaiki

Setibanya disana, kami menaiki van yang mengambil masa 7 minit untuk tiba di sebuah kampung yang dinamakan Kampung Riang Ria. Kemudian, kami diberi taklimat oleh pemudah cara tentang apa yang kami akan melakukan pada hari tersebut.

Rumah kampung yang kami menjelajahi
Kamar tidur perempuan
" Jangan seperti perigi mencari timba " 

Menikmati keadaan di persekitaran kampung sambil berkaki ayam 

Pemudah cara menunjukkan cara untuk bermain Gasing

Haikal & Fuad memcuba permainan Tarik Upih


Congkak 

Aktiviti yang pertama yang kami lakukan ialah kami telah melawat sebuah rumah kampung yang terdapat di kawasan tersebut. Dua pemudah cara membawa kami menjelajahi kampung itu. Mereka menjelaskan tentang setiap sudut rumah itu dan juga menunjukkan bagaimana hendak bermain permainan tradisional seperti congkak, gasing dan tarik upih. Pengajaran yang diperoleh ialah kami dapat mempelajari tentang rumah kampung dan bahawa setiap rumah kampung mempunyai keunikan tersendiri. Kami juga dapat mempelajari bagaimana hendak bermain permainan-permainan tradisional.




Proses membuat kuih dadar


Memasukkan intinya

 
Khairiyah


Suhailah


Ardilla

 
Fasihah

Aktiviti yang kedua ialah percubaan makanan. Dua orang wanita bernama Kak Su dan Kak Ros telah mengajar kami tentang daun-daun dan penggunaanya. Kemudian, mereka mengajar bagaimana hendak membuat kuih dadar. Kami berasa gembira dan ghairah kerana dapat mencuba memasak dan juga rasa beberapa makanan yang digoreng untuk kami. Kenangan yang tidak boleh dilupakan ialah apabila semua orang cuba membuat kuih dadar dan ada segelintir pelajar yang tidak membuatnya dengan baik tetapi mereka tetap tidak berputus asa. Pengajaran yang diperoleh ialah kami tidak boleh senang berputus asa walaupun tugas yang diberikan sangat susah. Jikalau kami gagal sekali, ia tidak bermakna kami akan gagal pada kecubaan yang kedua kalinya.



Cairan lilin

 




Lukisan salah satu ahli kumpula kami; Fasihah

Aktiviti ketiga ialah lukisan batik. Kami menggunakan canting untuk membuat garis panduan di lukisan tersebut. Encik Juraimi dan Puan Fatimah yang telah mengajar kami. Kami semua berasa sangat teruja untuk membuat lukisan batik tersebut kerana ia merupakan kali pertama kami membuatnya. Kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah apabila ada segelintir pelajar terkena cairan lilin. Mereka berasa sangat terkejut dan lukanya begitu pedih kerana cairan lilin itu sangat panas. Pengajaran yang diperoleh kami ialah kami harus bersabar untuk mencapai sesuatu yang kami inginkan dan kami harus membuat sesuatu dengan tekun agar ia akan menjadi lebih sempurna. 

DillaSehaKhaiIla. ♥




Ahli Kumpulan. ❤
❤ penulis.

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI !

Image and video hosting by TinyPic Ardilla,
Fasihah,
Khairiyah,
Suhailah.




Informasi lebih lanjut. ❤
❤ Pautan.