<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7966139734673693564?origin\x3dhttp://keindahan-pulauubin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


Tuesday, 8 November 2011 ❤
Renungan 22:40

Khairiyah:

Saya berasa amat terpegun dan berpuas hati dengan layanan yang diberikan dan juga aktiviti-aktiviti yang diadakan. Ia sangat berguna dalam kehidupan harian saya. Salah satu contoh ialah membuat kuih dadar. Di masa hadapan, saya juga boleh membuatnya sendiri kerana sudah tahu cara-cara membuatnya. Jikalau diberi peluang, saya ingin sekali melawati Pulau Ubin untuk kali kedua. Pengajaran yang telah saya perolehi ialah bagaimana untuk membuat lukisan batik dan ia menyedari saya bahawa jika kami gagal pada kali pertama, tidak bermakna kami akan gagal pada percubaan yang kedua. Ia merupakan memori indah sewaktu di Pulau Ubin.


Ardilla:

Pada pendapat saya, aktiviti di Pulau Ubin amat menarik. Dengan aktiviti ini, saya dapat melihat cara-cara orang dahulu menjalani hidup mereka dan saya juga berpeluang untuk menikmati suasana kehidupan di kampung semenjak kami sekarang tinggal di bandar. Dan ia amat sukar untuk kami mencari rumah atau suasana kampung pada zaman sekarang.


Fasihah : 

Saya berasa sukacita kerana telah dapat pergi ke Pulau Ubin kerana ia merupakan kali pertama saya ke sana.
Pada pendapat saya , pengalaman di Pulau Ubin amat menyeronokkan kerana saya dapat mempelajari tentang pelbagai perkara yang baharu seperti  nama sudut-sudut yang ada di sebuah rumah kampung dan kegunaanya .Contohnya , serambi merupakan tempat bersembang yang berada di depan ruang tamu dan ia akan digunakan oleh si pemilik rumah jikalau dia mahu duduk bersembang . Pada keseluruhannya , saya berasa seronok dengan kesemua aktiviti-aktiviti yang diadakan . Saya harap pihak sekolah akan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ini sekali lagi .

Suhailah :

 Saya berasa seronok sekali kerana mendapat peluang untuk pergi ke Pulau Ubin bersama kawan-kawan dan guru-guru saya. Sebelum kami tiba di sana, saya fikir aktiviti-aktiviti di sana membosankan, tetapi saya salah. Aktiviti-aktiviti di sana telah mengajar saya tentang banyak nilai. Salah satu daripada nilai-nilai itu ialah kami tidak boleh berputus asa. Jika diberi peluang untuk ke sana sekali lagi, saya tidak keberatan dan mungkin kita semua boleh berkhemah di sana. Menurut saya, sekolah patut mengadakan aktiviti seperti ini lagi kerana semua orang akan mendapat faedah.

DillaSehaKhaiIla. ♥




Ahli Kumpulan. ❤
❤ penulis.

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI !

Image and video hosting by TinyPic Ardilla,
Fasihah,
Khairiyah,
Suhailah.




Informasi lebih lanjut. ❤
❤ Pautan.